Sunday, March 6, 2016

Pelancaran Antologi Sedetik.doc


Majlis pelancaran buku Indie Sedetik.doc telah berlangsung di KL Sentral Ahad, 6 Mac 2016. Pagi lagi dari Ipoh aku naiki komuter ke Kuala Lumpur, tiba tepat pada waktunya. Acaranya memang santai dan kami hanya lepak di ruang Galeri. Kebanyakan penulis dari kaum wanita nampaknya, penulis lelaki adalah lima atau enam orang.



Sebuah catatan mengenai pengalaman aku berkarya dalam genre haiku menjadi cerita pilihan - "Haiku: Kaizen Jatidiri". Cerita berkisar sejak tahun 2005 hingga lahirnya sebuah antologi haiku dengan judul "Projek Haiku" yang dikendalikan di laman sosial Facebook. Penulis terlibat diagihkan sejumlah 20 naskhah buku tersebut. 



Kenangan bersama-sama 50 penulis Sedetik.doc di akhir majlis. Ramai yang hadir tidak berapa aku kenal. Sebuah perjalan penulisan tercatat dalam Sedtik.doc. 



Saturday, March 5, 2016

Mr. Seigo Kitsuki, Fukuoka. Japan

Ake terima panggilan dari seorang pemandu pelancong dari agensi pelancongan di Kuala Lumpur memberitahu aku bahawa En. Kitsuki dari Fukuoka, Jepun ingin berjumpa di Hotel Syuen jam 8.00 malam. Aku rasa terkejut juga dengan berita itu, namun aku hadirkan diri untuk berjumpa dengannya. Aku diberikan cenderahati bungkusan kek buatan Jepun. 


Dia bersama isterinya telah ke Teluk Intan menziarahi makam emak saudaranya di Tanah Perkuburan Islam Durian Sebatang. Emak saudaranya telah berkahwin dengan kerabat di Raja negeri Perak pada tahun 1920'an. 


Esoknya aku membawa mereka shopping di Tesco, Ipoh Garden. Isterinya membeli banya serbuk teh Cameronian jenama Boh, dan beberapa paket rempat Baba's untuk kegunaannya di Fukuoka, katanya. 


Beberapa rangkap haiku ditulis oleh isterinya, Etsuko Kitsuki di atas kertas nota dari Hotel Syuen...

Monday, January 4, 2016

Nurul Faizah


Saat yang memilukan namun saat itu juga yang membanggakan. Anakanda Nurul Faizah ditawarkan mengikuti Latihan Pra-Perkhidmatan sebagai jururawat di Kolej Kejururawatan di Alor Setar, Kedah. Latihan akan memakan masa selama tiga tahun hingga ke tahun 2018, insyaAllah. 



Kami sekeluarga bersama emak menghantar Faizah untuk pendaftaran. Perjalan yang agak jauh, tapi itu adalah destinasi pilihan kerjayanya. Aku akur dengan pilihannya walaupun berat hati untuk melepaskan dia pergi belajar. 


Sebelum pulang, kami melawat sekitar bandaraya Alor Setar. Bergambar di Menara Alor Setar.  Aku menyimpan lara di hati di kejauhan ini, dan kehadirannya selalu membungakan rasa kasih. Semoga cermelang dalam bidang pengajianmu. 


Wednesday, December 30, 2015

Senandung Tanah Merah


Pelancaran antologi pantun Senandung Tanah Merah telah berlangsung di Tampines, Singapura.  Acara Ramah Mesra Penyair Serumpun Di Negara Berbilang Kaum dengan Bebas Melata dalam Pertemuan Sastera Budaya Negara Serumpun dikelolakan oleh penulis Singapura Pn. Rohani Din, a.k.a Anie Din. 


Sebelas rangkap pantun bertemakan bandaraya "Ipoh" termuat dalam antologi tersebut, bersama 10 rangkap pantun bertemakan bandar "Kuala Belait", Brunei Darussalam karya adinda Dipinggiran. 



Aku berkesempatan bertemu dengan penulis lainnya; Noor Aisya Buang (Singapura), Mohrosa Doloh (Thailand), Sutarso (Indonesia), dan adik Muhammad Rois Rinaldi (Indonesia). 

Bunda Anie Din melayan para peserta dengan begitu mesra, penyair yang hadir dari Singapura, Malaysia, Indonesia, Vietnam, Thailand, dan Brunei Darussalam. Peserta disediakan tempat penginapan di Safra Resort Country Club, Changi Cpast Walk, Singapore. 

Saturday, December 5, 2015

Hescom 2015


Aku ke Kuala Lumpur ke tempat yang sama di Hotel Dynasty seperti tahun sebelumnya bagi menghadiri Malam Anugerah Hadiah e-Sastera.com. Kali ini aku pergi bersendirian kerana aku menyimpang dari acara Pulara di Pulau Pangkor. Peserta diminta hadir dengan menggayakan pakaian antarabangsa, dan aku memilih pakaian tradisional Muslim Kenya.


Malam itu aku menyampaikan sebuah haiku yang bertemakan Hescom, dan sebelum itu aku memberikan soalan teka-teki dari laman e-Sastera terbuka kepada hadirin. Soalan dapat dijawab oleh sdr Ahkarim dari Alor Setar, Kedah, dan beliau dihadiahkan sebuah buku "Projek Haiku".


Pada malam Hescom itu aku memenangi dua hadiah utama. Pertama Hadiah Sayembara Sajak Banjir 2015 di tempat pertama berjudul "Dugaan Banjir". Kedua, aku menerima Anugerah Haiku dan Tanka di tempat pertama dengan haiku bertemakan "Hiroshima Dalam Kenangan".    

Thursday, December 3, 2015

PULARA 6


Festival Puisi dan Lagu Rakyat ke 6 atau lebih dikenali sebagai Pulara 6 dengan tema "Alam Sumber Karya" telah berlangsung di Pulau Pangkor dari 3 hingga 6 Disember 2015. Ini adalah kali pertama aku turut menyertai acara Pulara yang dianjurkan oleh Yayasan Kampung Karyawan Malim dan "Tourism Perak" cawangan Manjung, dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung dan Dewan Bahasa dan Pustaka.



Diantara nama-nama besar dalam dunia sastera tanah air, cukup sekadar aku mengenali mereka dari jauh. Aku lebih senang dengan kehadiran kenalan dari grup "Klinik Haiku" dan pertama kali berjumpa sdr Syafrein Effendi, Mamu MK Hasny, Leo Aws, Sharifuddin Dua, Mawar Marzuki, dan kali kedua bertemu Bunda Free Hearty serta beberapa kenalan lain. Aku tersermpak dengan Free Hearty dalam perjalanan ke pengkalan feri di Lumut. 



Ternyata aku menjadi penyair 'pembuka tirai' pada acara Minum Petang Pulara 6 di Puteri Bayu Beach Resort dengan sajak berjudul "Samudera Pulara".



Saturday, September 12, 2015

Projek Haiku


Syukur, alhamdulillah aku berjaya menerbitkan sebuah lagi antologi haiku dengan judul "Projek Haiku" pada tarikh ulang tahun kelahiranku. Antologi ini memakan masa hampir tiga tahun untuk disiapkan kerana aku memberi bimbingan teliti kepada setiap peserta agar haiku yang dihasilkan benar-benar memuaskan hatiku. 

Aku ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada penulis-penulis yang telah menyumbang haiku mereka dalam antologi ini; Aiza Zizan, Asmira Suhadis, Bayu Pagi, Din Kelate, Dipinggiran, FaiZatul Mohd Aminuddin, Hamizun Shah, Mamu MK Hasny, Mawaddatun As-Syakirin, Muhammad Amin (allahyarham), Nazim Mohd Subari, Nor Azizah Idris, Norsiah Kandar, Nur Ain Hanis, Padin Majid, Pauzi Mohd Isa, Rokiah Taib, Ruslina Rmr, Saniah Masri, Sha Hashim, Siti Zaiton Ahmad, Sri Mawar, Teruna Desa, Tokbatin Sham, dan Yahti Hayati - terima kasih! 
 
Flag Counter