Wednesday, November 14, 1990

Lawatan ke Disneyland, Hollywood & Vegas 1990

14 November 1990 - Pertama kali aku sampai ke United States of America bersama keluarga adik perempuanku Shiela, suaminya dan anak saudara - Yashir semasa itu berusia setahun. Lawatan pertama kami ke Disneyland, Aneheim, Los Angeles. Lawatan memakan masa dua hari baru dapat meninjau ke seluruh kawasan Disneyland.

Dari Disneyland, hari-hari berikutnya kami berkunjung ke Universal Studio, Hollywood, Los Angeles. Disini pelbagai tema hiburan ketika itu King Kong theme park, Earthquake theme park, Jaws theme park yang dilawati. Pengalaman mengetahui bagaimana penggambaram Hollywood dilakukan.  Lawatan lain ke Las Vegas dimana kami menginap di Caesar's Palace. Sebelah Caesar's Palace terdapat Aosis Casino yang berhampiran dengan The Dunes Casino, dan di sebelah depannya Pink Flamingo Casino.

Tempat lawatan lain termasuk Camp Snoopy di Six Flags Magic Mountain, San Diego Zoo, dan shopping di San Ysidro, kelihatan bandar Tijuana di Mexico. 
 
Flag Counter