Friday, October 19, 2001

Malaysia Tourism Expo 2001 Singapore

Promosi "Holiday Malaysia Tourism Expo 2001"  telah diadakan di Suntee Square, Singapore pada 19 hingga 21 Oktober 2001. Wakil dari Majlis Bandaraya Ipoh disertai oleh Pn. Rohayu, Pn. Saleha dan aku sendiri. Kumpulan kebudayaan D' Bougainvillae membuat persembahan di tempat berasingan.

Aku mengandalikan kaunter pertanyaan dengan mempromosikan produk pelancongan dari negeri Perak. Pada masa yang sama memperkenalkan model "Ipoh Virtual City" tentang penyampaian perkhidmatan melalui sistem maya.


Monday, September 24, 2001

Pesta Perak 2001 Di Sunway Lagoon


Aku turut terlibat dengan promosi pelancongan - Pesta Perak 2001 yang telah diadakan di Sunway Pyramid & Sunway Lagoon Resort Hotel anjuran Kerajaan Negeri Perak pada 24 hingga 30 September 2001.

Sepanjang pesta itu, kami mempromosikan pelbagai makanan terkenal dari Perak seperti Rendang Tok, Rendang Dinding, Ipoh Sar Hor Fun, Taiping Popiah, Laksa Kuala Kangsar. Selain itu juga kami memperkenalkan 'signature' produk pelancongan - buah Limau Tambun dan Kacang Goreng Menglembu.


Tema promosi - 'Mari Cuti-Cuti Ke Perak' dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Diraja Mohd Tajol Rosli b. Ghazali.  Booth Majlis Bandaraya di C3, ruang legar pameran. 


Tuesday, February 27, 2001

Kenali Perak Melalui KTMB

Pameran "Kenali Perak Melalui KTMB" telah diadakan di bangunan stesyen keretapi Ipoh pada 27 hingga 29 Februari 2001.  Aku bertugas menjaga kaunter pertanyaan Perak Tourism Information Center (PTIC) mewakil Majlis Bandaraya Ipoh.  Pameran diadakan di ruang menunggu stesyen keretapi.  Rakan setugas, Pathmawathy turut bersama sepanjang pameran tersebut. 

Monday, February 12, 2001

Sambut Tetamu Cara Malaysia


Menghadiri satu taklimat 'Penerapan Identiti Malaysia' yang disampaikan oleh YB Dato' Abdul Kadir Haji Sheikh Fadzil, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia pada 12 Februari 2001.  Antara acara lainnya, pertunjukan pakaian tradisi dari rekaan pelajar-pelajar UITM, persembahan tarian yang bertemakan Malaysia Truly Asia oleh Artis Istana Budaya. 

Fesyen dari Perak memperagakan pakaian Melayu Klasik Perak; Baju Kurung Cekak Musang, dan Baju Sikap, manakala pakaian perempuan berteraskan pakaian Zarith Gangga; Puteri Perak, dan Kebaya Labuh. 

Ucapannya menyentuh cara pemakaian menyambut tetamu cara Malaysiadengan meletakkan tangan kanan ke dada di sebelah kiri dengan memberi sedikit tunduk hormat kepada tetamu. 

Kaedah yang diperkenalkan ini dapat menepis segala tanggapan bahawa sesebuah negara Islam melarang bersalaman di antara bukan muhrim. Dengan ini sesiapa sahaja boleh mengucapkan 'Selamat Datang' ke Malaysia tanpa bersalaman. 

Sunday, February 11, 2001

Konvensyen Fiesta USM

Konvensyen Wanita 2001 di USM telah diadakan pada Ahad 11 Februari 2001 di USM Cawangan Perak.  Perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Shahrizat Abdul Jalil. Tema konvensyen - "Gender". Aku bersama empat orang anggota lelaki lain mewakil Majlis Bandaraya Ipoh.
 
Flag Counter