Friday, December 26, 2008

Percutian Famili ke Kuala Lumpur


Ini adalah percutian kami sekeluarga bersama emak ke Kuala Lumpur.  Anak lelaki, Abi Fathullah tidak kelihatan sebab dia yang ambil gambar ni.  Kami menginap di Hotel Puduraya kerana mudah untuk kesana-kemari dengan LRT.  Sempat pergi ke Suria KLCC dan sekitar bandaraya Kuala Lumpur.  Sampai di Kuala Lumpur, adik perempuan Shiela juga ikut ke hotal kami bersama seorang lagi anak saudara.


Pada kesokkan harinya sempat pergi ke Time Square shopping mall.  Tak sempat nak berjalan lama-lama sangat sebab ramai.  Kami balik ke Ipoh pun hampir penuh tempat duduk barisan belakang dalam bas untuk kami sekeluarga saja.  Keluarga ramai, susah nak kumpul satu kelaurga untuk pergi bercuti bersama-sama.

Friday, December 12, 2008

International Indoor Hockey

Aku dipilih menjadi "Commentator" bagi perlawanan "First Indoor Hockey Tournament" yang di adakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh mulai Isnin 10 hingga 15 Disember 2008. Pertandingan diadakan bagi merebut Piala Sultan Azlan Shah. 


Antara pasukan negara yang bertanding adalah Jepun, Pakistan, Korea Selatan, Singapore, Afghanistan, Bangladesh, Kazakhstan, Sri Lanka, Thailand, Hong Kong, Iran, dan beberapa negara lain lagi.


Monday, December 8, 2008

Qurban Hari Raya Aidil Adha


Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (Ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak.  Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu (pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korabnmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu)

- (Surah al-Kautsar, ayat 1 - 2)

Ibadah qurban hari raya Aidil Adha yang aku tunaikan ini jatuh pada 8 Disember 2008.  Kerja-erja qurban disempurnakan oleh AJK Qurban dari Masjid Muhibbuddin Shah, Greentown dimana upacara tersebut diadakan. Kerja penyembelihan juga turut dibantu oleh sukarealawan dari anggota tentera.


Qurban ini bagi seekor lembu (berwarna putih) untuk tujuh bahagian yang mewakili tujuh orang ahli keluarga aku sendiri sepertia nama yang disediakan pada beg pembungkusan daging qurban.

Saturday, November 22, 2008

Befrienders Ipoh Bersama Cosmopoint

Aku bersama beberapa orang sukarelawan dari Befrienders Ipoh turut memeriahkan program Cosmopoint di Padang Ragbi, Kompleks Sukan MBI pada 22 November 2008.  Kami berada distu membuat penerangan tentang khidmar yang disediakan oleh Pertubuhan Befrienders Ipoh.  Sessi temubual dengan pihak awam dan juga edaran risalah di kiosk Befrienders.

Kelihatan ahli sukarelawan Ginny bersama seorang rakan lain sedang menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh pihak Cosmopoint.

Sunday, November 9, 2008

"Caregivers" Convocation

Menerima skrol "Professional Certificate For Caregivers" semasa Majlis Penyampaian Sijil Ekskutif 2008 di Dewan Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Aku mengikuti kursus bersijil ini di bawah tajaan Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat (MAKPEM) dengan kerjasama Open Universiti Malaysia (OUM). 


Aku menyertai kursus bersijil ini bagi mewakili Pertubuhan The Befrienders Ipoh, dimana kami berkhidmat sebagai sukarelawan membimbing melaui telefon. Kursus mengambil masa hampir lapa belas bulan.


Bergambar bersama rakan-rakan seperjuangan dari Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakt yang mewakili beberapa buah pertubuhan lain.

Sunday, August 31, 2008

Artikel TPO News Letter 2008



Artikel bertajuk tersiar dalam buletin Tourism Promotion Organization for Asia-Pacific Cities, TPO News Letter Issue 44 pada 31 Ogos 2008 bertajuk "Ipoh City Welcomes Representatives from Fukuoka City" di bawah kolum 'Member & Industry News'.  Laporan itu disediakan semasa aku memgang jawatan  korespondens bandaraya Ipoh dengan TPO di Busan, Korea. 


Saturday, August 30, 2008

Bengkel Pengucapan Puisi Kemerdekaan 2008



"Bengkel Pengucapan Puisi" sempena Bulan Kemerdekaan Ogos 2008 anjuran Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Bandaraya Ipoh (PINTAR), dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak telah diadakan di Taman Budaya, Ipoh pada 30 Ogos 2008 (Sabtu).  Bengkel 1 menampilkan penceramah sdr Abdullah Sani Yahaya (Lahsani) dengan topik 'Pengucapan Puisi Moden (Sajak)' dan diikuti oleh ceramah oleh sdr Bob dari Utara juga.

Sebelah petangnya majlis diserikan lagi dengan kehadiran Pn. Cek Nu Alina, pemenang Anugerah Deklamator Bumiputera Terbaik dalam Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka 2008 Peringkat kebangsaan yang telah berlansung pada 22 Ogos 2008 di Auditorium DBKL.  Beliau telah mendeklamasikan 'Ladang Merdeka' petikan karya nukilan penyajak Nasir Ali dari sebuah antologi 'Jamung Merdeka'.  Aku membawa bersama keratan sajak 'Meraut Kasih' tersiar dalam majalah Keluarga Harmoni edisi bulan Julai 2008. Beliau mendeklamasikan sajak tersebut dengan bersahaja. 


Friday, August 15, 2008

Lawatan Ke Piyamit Tunnel, Betong, Thailand

Sempena "Betong Walking Street Festival 2008" aku bersama kumpulan D'Bougainvillea turut menyertai program tersebut di bandar sempadan, Betong, dalam daerah Yala, Thailand mulai 15 Ogos hingga 17 Ogos 2008.  Kami menginap di Garden View Hotel, Betong.  

Sementara berada di sana kami dibawa melawat 'Piyanit Tunnel' tempat peninggalan komunis Malaya sepanjang 1km di bawah tanah. Kehidupan perselindungan mereka seumpama sarang semut yang berbelok-belok dan ruang-ruang kecil untuk tidur dan berbincang.  Ada sejarah perubahan bendera komunis dari tahu 1941 hingga 1983.


Acara tersebut juga melansungkan perasmian "Arena Stadium" oleh Datuk Bandar Bangkok. Stadium tersebut ialah tempat berlansungnya persembahan kebudayaan pada acara malam itu.  Keesokkannya kami sempat melawat "Galeri Budaya Betong' yang mempamerkan berbagai peralatan tradisional dari negara-negara ASEAN.

Wednesday, July 30, 2008

AB-Road, Busan. Korea

Majalah kedua kerjasama dengan Tourism Scope yang berpengkalan di Busan, Korea telah selesaikan disiapkan, dan naskhah rujukan telah diterima pada 30 Julai 2008.  Majalah AB-Road ini dicetak dalam bahasa Korea, untuk Vol. 94, tahun 2008 menghidangkan paparan tentang bandaraya Ipoh,  Semua rencana yang kami sediakan bersama Mr. Gun Bo Song meliputi "Lost World of Tambun", Gerbang Malam, Taman Rekreasi Gunung Lang, "Memory Lane", "MBI Terrace", Resoran Nasmir, dan Restoran Laksamana Cheng Ho.  Terdapat juga beberapa produk pelancongan diluar bandaraya Ipoh seperti; Kellie's Castle, Gua Tempurung, dan beberapa mercutanda seperti Menara Jam Besar J.W.W. Birch, "Town Hall", dan Masjid Negeri.


Lima orang penyumbang artikel dipaparkan dimuka 18 yang menulis artikel tentang bandaraya di negara masing-masing, tapi semua maklumat disiarkan adalah dalam bahasa Korea. Masih belum dapat mengetahui maksud coretan sebenarnya.  Maklumat penerbitan majalah ini boleh dilawati di lamanweb ini: www..abroad.co.kr.

Saturday, June 21, 2008

Mental Health Public Talk 2008

"Perak Mental Health Campaign Committee" telah menganjurkan ceramah awam dengan tema "Public Campaign on Recognizing Depression" pada 21 Jun 2008 bertempat di Crystal Ballroom, Impiana Casuarina Hotel.  Ceramah dihadiri oleh sukarelawan NGO jemputan bermula jam 2.30 hingga 5.30 petang. Aku dijemput mewakili Pertubuhan The Befrienders Ipoh untuk menyampaikan ceramah bertajuk "Befriending The Depressed". 




Sunday, June 1, 2008

Kebolehan Berkarya


Berita Bandaraya - Bougainvilles City
Petikan rencana:

Mungkin ramai di kalangan warga kerja MBI tidak menyedari kebolehan menulis yang dimiliki rakan setugas, En. Abdullah Abdul Rahman.


Bertugas sebagai pembantu Tadbir Khas Setiausaha Bandaraya, En. Abdullah sudah lama berkecimpung dalam kerja penulisan bagi mengisi masa lapangnya.

Meminati bidang penulisan sejak remaja lagi, bapa kepada lima orang anak ini mula mengembangkan bidang penulisannya secara serius sejak tiga tahun lalu.

Sejak 2005, beliau sering menyumbangkan hasil karyanya kepada majalah-majalah ilmiahdan sastera terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Selain daripada itu, En. Abdullah juga adalah penulis aktif dan juga ahli bagi laman web elektronik sasterawan atau e-sasterawan (www.esasterawan.net). 

Salah satu karya yang menjadi kebanggaannya adalah sebuah buku yang memuatkan kompilasi puisi-puisi Jepun yang ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. 

Buku bertajuk 'Antologi Haiku 2006' adalah hasil kerja En. Abdullah bersama dua lagi rakan penulis iaitu Halela Abdul Razak atau nama penanya Lelahiro dan Rusmimi Musa atau Dipinggiran.

"Kami menghasilkan buku ini dalam dwibahasa supaya peminat di Malaysia boleh menghayati karya-karya indah haiku yang bermaksud puisi dalam bahasa Jepun.

Terdapat 150 haiku di dalamnya dan uniknya saya dan dua lagi rakan penulis hanya berhubung melalui internet ketika menghasilkan  buku tersebut." katanya ketika ditemu ramah.

Buku tersebut telah membawa tuah kepadanya apabila beliau memenangi Sayembara Haiku 2006 anjuran e-sastera dengan kerjasama DBP dua tahun lalu.

"Hasil karya buku ini adalah sesuatu yang baru. Oleh itu saya berharap peminat sastera khususnya dan orang ramai dapat menghayati maksud tersirat yang terkandung di dalamnya." kata En. Abdullah.

Antologi Haiku 2006 boleh didapati disemua kedai buku dengan harga RM25 atau layari www.freewebs.com/antologihaiku untuk mendapatkan gambaran kandungan buku.

Thursday, May 8, 2008

Tourism Scope Special Edition 10

An-nyong ha se yo...

Terima lawatan dari rakan korespondens, Mr. Gunbo Song dari Incheon, Korea bersama seorang jurugambar Mr. Park, mewakili syarikat penerbitan Korea AB-road.  Mereka disni membuat liputan rencana khas tentang bandaraya Ipoh untuk bandaraya Ipoh dalam majalah Tourism Scope edisi istimewa ke 10.  Kami akan menyediakan laporan khas tentang Ipoh dari segi produk pelancongan dan tempat-tempat menarik di sekitar banraya Ipoh, mahupun bandar sekitarnya.  Artikel ini istimewa fokus kepada bandaraya Ipoh (Malaysia), Yokohama (Jepun), dan Iksan (korea). 


Liputan hari pertama melibatkan Pekan Lama Ipoh, PTIC, Stesyen Keretapi, Pokok Ipoh, Jam Besar dan Kam Batik di Chemor. Kemudian ke Jaya Jusco, Gunung Lang, Muzium Darul Ridzuan dan kedai asal "White Coffee" di pekan lama.  Malamnya 'dinner reception' di Hotel Syuen, Ipoh. Hari kedua meraikan majlis persandingan masyarakat Melayu di Jalan Hospital, Gua Tempurung dan International Motor Cross 2008 berhampiran di Gopeng.  Hari ketiga ke Memory Lane, Lost World of Tambun, Gua Tambun, Kellie's Castle dan makan tengahari di Restoran Laksamana Cheng Ho di Greentown. Malamny hantar mereka ke KLIA untuk pulang ke Korea.

Friday, April 4, 2008

Pesta Buku Antarabangsa 2008


Pesta Buku Antarabangsa 2008 anjuran Majlis Kebangsaan Buku Malaysia (MKBM)dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, telah diadakan Putera World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur dari 4 hingga 13 April 2008. Aku mengambil kesempatan untuk turut serta mempromosikan buku 'Antologi Haiku 2006' dengan bantuan sdr Darma Mohammad.  



Buku antologi tersebut dipromosikan di booth Pustaka Yamien, TR2 2025-2026, dan di Kedai Buku Banggol TR3 (A03-A09). Terima kasih diucapkan kerana sudi membantu. 



Di tapak pesta buku tersebut, penulis bersama 'Antologi Haiku 2006' sdr Dipinggiran, sdr Darma Mohammad dan aku sendiri berjumpa dengan beberapa ahli e-Sastera yang lain. Sempat juga bergambar dengan sdr Azree Ariffin dan Ode Zulkarnain.   
 
Flag Counter