Saturday, June 21, 2008

Mental Health Public Talk 2008

"Perak Mental Health Campaign Committee" telah menganjurkan ceramah awam dengan tema "Public Campaign on Recognizing Depression" pada 21 Jun 2008 bertempat di Crystal Ballroom, Impiana Casuarina Hotel.  Ceramah dihadiri oleh sukarelawan NGO jemputan bermula jam 2.30 hingga 5.30 petang. Aku dijemput mewakili Pertubuhan The Befrienders Ipoh untuk menyampaikan ceramah bertajuk "Befriending The Depressed". 




Sunday, June 1, 2008

Kebolehan Berkarya


Berita Bandaraya - Bougainvilles City
Petikan rencana:

Mungkin ramai di kalangan warga kerja MBI tidak menyedari kebolehan menulis yang dimiliki rakan setugas, En. Abdullah Abdul Rahman.


Bertugas sebagai pembantu Tadbir Khas Setiausaha Bandaraya, En. Abdullah sudah lama berkecimpung dalam kerja penulisan bagi mengisi masa lapangnya.

Meminati bidang penulisan sejak remaja lagi, bapa kepada lima orang anak ini mula mengembangkan bidang penulisannya secara serius sejak tiga tahun lalu.

Sejak 2005, beliau sering menyumbangkan hasil karyanya kepada majalah-majalah ilmiahdan sastera terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Selain daripada itu, En. Abdullah juga adalah penulis aktif dan juga ahli bagi laman web elektronik sasterawan atau e-sasterawan (www.esasterawan.net). 

Salah satu karya yang menjadi kebanggaannya adalah sebuah buku yang memuatkan kompilasi puisi-puisi Jepun yang ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. 

Buku bertajuk 'Antologi Haiku 2006' adalah hasil kerja En. Abdullah bersama dua lagi rakan penulis iaitu Halela Abdul Razak atau nama penanya Lelahiro dan Rusmimi Musa atau Dipinggiran.

"Kami menghasilkan buku ini dalam dwibahasa supaya peminat di Malaysia boleh menghayati karya-karya indah haiku yang bermaksud puisi dalam bahasa Jepun.

Terdapat 150 haiku di dalamnya dan uniknya saya dan dua lagi rakan penulis hanya berhubung melalui internet ketika menghasilkan  buku tersebut." katanya ketika ditemu ramah.

Buku tersebut telah membawa tuah kepadanya apabila beliau memenangi Sayembara Haiku 2006 anjuran e-sastera dengan kerjasama DBP dua tahun lalu.

"Hasil karya buku ini adalah sesuatu yang baru. Oleh itu saya berharap peminat sastera khususnya dan orang ramai dapat menghayati maksud tersirat yang terkandung di dalamnya." kata En. Abdullah.

Antologi Haiku 2006 boleh didapati disemua kedai buku dengan harga RM25 atau layari www.freewebs.com/antologihaiku untuk mendapatkan gambaran kandungan buku.
 
Flag Counter