Thursday, January 22, 2015

World Haiku Review Winter/January 2015


Daripada 10 buah haiku yang dihantar, cuma sebuah haiku yang terpilih untuk majalah atas talian World Haiku Review edisi Winter / January 2015. Aku terpaksa hantar haiku genre tradisional dalam bentuk gendai haiku untuk menepati gaya konsep penganjur...

freezing winter
hunting in the wood
white breath

Haiku tersebut terpilih dalam kategori Neo-Classical Haiku dipetik dari majalah rasmi The World Haiku Club dibuat semula dalam bentuk haiga dengan haiku tradisional asal seperti berikut:


Monday, January 12, 2015

Antologi Haiku@Facebook e-book


Pertama kalinya aku menerbitkan sebuah e-book berjudul "Antologi Haiku@Facebook" melalui laman sosial Facebook di bawah muka "Klinik Haiku & Tanka".  Buku ini mengumpulkan sejumlah haiku yang dihasilkan oleh antara 20 orang yang bergiat aktif menulis haiku di laman itu. Penyumbang terdiri dari penulis-penulis Malaysia, Singapore, dan Indonesia.  


e-book ini memuatkan 98 buah haiku bahasa Melayu, dan 10 buah haiku bahasa Inggeris, disamping 20 buah haiga yang telah dihasilkan oleh 22 orang penulis yang bergiat aktif di laman "Klinik Haiku & Tanka". 

Mereka terdiri dari Sazalee Sulaiman, Sri Mawar, Asmira Suhadis, Sha Hashim, Muhamad Amin, Syafrein Effendi Usman, Bintang Kartika, Nor Azizah, Noor Aisya Buang, Saniah Masri, Aiza Zizan, Amir Hamzah Mohd Wazir, Firdaus, Ayano Rosie, Aida Ar, Zulkifli Mohd Zin, Masnah, Citey Spectra, Citranalis, Din Kelate, dan Nor Aziah.  

Thursday, January 1, 2015

GEMA Persatuan Karyawan Perak


Aku diberi tugas untuk meyediakan contoh buletin Karayawan Pk dua minggu sebelum mesyuarat AJK 1/2015 di Pakeeza Restaurant, Ipoh. Masanya agak singkat. Aku beri tumpuan sepenuhnya untuk disiapkan sebelum tarikh itu, malah dari contoh terus dipersetujui untuk terus dicetak dan diedarkan pada mesyuarat tersebut.

Maka lahirlah buletin GEMA Persatuan Karyawan Perak edisi 1/2014 pada 1 Januari 2015, dan diedarkan kepada ahli-ahli Karyawan Pk yang hadir semasa mesyuarat.  Edaran juga akan dibuat kepada persatuan penulis lain. Sebuah haiku berbahasa Rao dimuatkan bersama:


kulah rutiang
lumpur ke ompang tobek
gulei lauak

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan naskah GEMA, sila klik ikon pdf di bawah:



 
Flag Counter