TabirAlam Di Kotaraya Dunia (Travelog)


[1995]

Jauh berjalan luas pandangan - itulah pepatah lama yang mengiktirafkan pengalaman seseorang yang mengembara. Dunia ini luas terbentang, walau mudah di layari di alam maya, namun pengalaman berkunjung ke tempat sebenar memberi makna yang berbeza. Sepanjang hidupku, peluang menghadirkan diri di kota-kota besar dunia ini adalah kurniaan Illahi...  



> ALOR SETAR, Kedah. Malaysia


2016, Januari - Berpeluang melawat sekitar bandaraya Alor Setar, Kedah ketika menghantar anakanda Nurul Faizah belajar di Kolej Perubatan Alor Setar. Melawat Menara Alor Setar. Masjid Negeri Kedah, dan Balai Besar Alor Setar. Bandar yang bersih dan teratur, dan perjalan pergi balik terhampar sawah padi sesaujana mata memandang.  

> ANAHEIM, California. United States 


1990, November - Bersama anak saudara, Al-Yashir di pintu masuk Disneyland di Anaheim, di Orange County sebahagian dari kota Los Angeles, California.  menaiki Splash Mountain ride, meninjau Jungle Cruise, Alice in Wonderland, Disney Railroad, juga Disney Monorail mengelilingi taman tema. Kebetulan lawatan bersempena ulangathun ke 50 Disneyland.   

> ATLANTIC CITY, New Jersey. United States 


1995, Januari - Bergambar di Steel Pier Boardwalk berdepan dengan Trump Taj Mahal di sepanjang persisiran Lautan Atlantic, di New Jersey, Amerika.  Menginap di Caesars Atlantic City. Pada sebelah malamnya pergi window shopping di The Pier Shops, Caesars Palace. Cuaca ketika itu sudah mula sejuk kerana hampir dua minggu lagi musim sejuk.

> BANDAR SERI BEGAWAN, Brunei Muara. Brunei Darussalam 


2010, Julai - Menyertai delegasi e-Sastera untuk Perhimpunan Penyair Nusantara ke 4 di Bandar Seri Begawan, Brunei. Aktiviti melibatkan acara baca puisi, dan rakaman di Dewan Raya, Radio dan Televisyen Brunei.  Aku dijemput membuat persembahan dan membaca sebuah senryu dan haiku. Lawatan dibuat ke Kampung Ayer serta pusat pelancongan di situ. Melawat Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin adalah pengalaman paling berharga. 

> BANGKOK, Central Thailand. Thailand 


2000, Oktober - Lawatan belajar ke Bangkok City Hall di bawah kelolaan Bangkok Metropolitan Administration (BMA) bersama kumpulan KMK SINAR dan Jabatan Sumber Manusia, Majlis Bandaraya Ipoh. Lawatan meliputi bangunan Siam Commercial Bank dan menyusur sungai Chao Phraya hingga ke Wat Arun Ratchawararam Ratchwararamahawihan, atau Temple of the Dawn.  

> BEIJING, Yinqing. China 


1997, Ogos - Mendaki Great Wall of China di Ba Daling, Beijing, China sempena menghadiri International Quality Control Convention di Beijing International Convention Centre mewakili negeri Perak. Delegasi Malaysia menginap di Apollo Hotel. Sementara di sana, kami melawat Tiananmen Square, Forbidden City, Summer Palace, Mausoleum of Mao Zedong, Masjid Niujie, dan National Museum of China. Sayang sekali tidak sempat melawat Temple of Heaven. 

> FUKUOKA, Kyushu. Japan 


1992, September - Mewakili bandaraya Ipoh, kumpulan kebudayaan MBI menyertai 'Ipoh Week' sempena 'Asia Month 1992' anjuran Fukuoka City Hall. Persembahan diadakan di 'Asian Market' berhampiran. Melawat sekitar Fukuoka Tower, mengalami kehidupan ninja di Ninja Village, Space World di Kitakyushu, dan shopping di sekitar bandar Hakata. Bergambar di pintu masuk ke Tenjin Temple.

> GEORGE TOWN, Pulau Pinang. Malaysia 


197# - (Tiada gambar peribadi) Pulau Pinang dikenali juga sebagai 'Pearl of the Orient' suatu masa dahulu. Selain pergi melawat, aktiviti utama adalah menghadiri Konvensyen Quality Control Circle (QCC) Wilayah Utara peringkat swasta pada 2003 anjuran Perbadanan Produktiviti Negara (NPC) di Gurney Resort Hotel. Aku mewakili Majlis Bandaraya Ipoh sebagai pemerhati.  

> GUANGZHOU, Guangdong. China 


2007, Ogos - Menghadiri The Third Tourism Promotional Organization for Asia-Pacific Cities (TPO) General Assembly di Golden Hall, Dong Fang Hotel, Guangzhou, China. Aku mengiringi Datuk Bandar Ipoh selaku pegawai peribadi sepanjang lawatan kerja mesyuarat TPO. Disebabkan jadual yang ketat, kami cuma mengikuti pelayaran sepanjang Peral River Cruise di sebelah malam.  

> KOTA KINABALU, Sabah. Malaysia  


2010, Februari - Kumpulan kebudayaan D'Bougainvillea menyertai perayaan menyambut hari Ulang Tahun Bandaraya Kota Kinabalu ke 10 di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.  Menginap di Promenade Hotel.  Majlis Makan Malam "A Decade Together" diadakan di Mageran Sutera Harbour Resort bertema 'Black and White'.  Aku berpeluang melawat Muzium Sabah di Bukit Istana Lama, Menara Yayasan Sabah, pantai Tanjung Aru, dan Taman Hidupan Liar Lok Kawi di Putatan. Shopping di 1Borneo Hypermall.

> KUALA TERENGGANU, Terengganu. Malaysia  


2009, Disember - Mengiringi Kumpulan kebudayaan D'Bougainvillea menyertai Monsoon Cup 2009 di Ri-Yaz Heritage Marina Resort, Pulau Duyung, Kuala Terengganu. Bergambar di Masjid Kristal dibina menggunakan keluli, kaca dan kristal. Melawat Taman Warisan Islam di Pulau Wan Man dimana menempatkan bangunan bersejarah Islam miniatur.   


> KUCHING, Sarawak. Malaysia   


1998 - (Tiada gambar persendirian) Menghadiri konvensyen KMK peringkat kebangsaan mewakili Majlis Bandaraya Ipoh sebagai pemerhati di Kuching, Sarawak bertempat di Riverside Majestic Hotel. Menginap di Hilton Kuching berhadapan Sungai Santubong. Jamuan sambutan di adakan di bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak. Melawat pasar terbuka di Satok dan ronda sekitar Kuching Waterfront Bazaar.   

> LAS VEGAS, Arizona. United States 


1990, November - Di tangga masuk ke Caesar's Palace, tempat menginap bersebelahan dengan Hotel Casino Oasis, dan berhadapan dengan Pink Flamingo.  Disebelah malamnya kota Las Vegas bermandikan cahaya neon pada setiap bangunan.  Sempat melawat gedung membeli-belah JC Penny Mall, taman tema Knott's Berry Farm di Buena Farm sambil menaiki Pony Express, dan alami Xcelerator roller-coaster yang menakjubkan. 

> LONDON, England. United Kingdom 


1995, Januari - Bergambar dekat London Bridge di awal musim sejuk. Semasa di sana melawat Madame Tussauds Wax Museum mempamerkan patung lilin selebriti, tempat sejarah di Tower of London. Ronda sekitar London melihat Buckingham Palace, Trafalgar Square, jam besar Big Ben di bangunan Palace of Westminster, dan Westminster Abbey.

> LOS ANGELES, California. United States


1990, November - 
Bergambar di hadapan papantanda Universal Studio, Hollywood di California, United States. Tiba di Amerika melalui Los Angeles International Airport (LAX), yang ketiga terbesar di Amerika. Melawat sekitar bandaraya Los Angeles; Chinatown, melihat kediaman Lucille Ball di Bel Air, Hollywood Sign di Mount Lee, Kodak Theatre (sekarang dikenali sebagai Dolby Theatre), dan Walks of Fame milik Sophia Lorenz di Vine Street, dan Hollywood Boulevard.

> MEDAN, Sumatera. Indonesia


1995, Julai - Pertama kali aku ke kotaraya Medan di Sumatera pada 1985 bersama Kumpulan Kebudayaan Negeri Perak. Kali ini aku ke Medan bersama kumpulan KMK SINAR dalam pakej lawatan yang sama, termasuk ke Danau Toba di Parapat, Brastagi, dan Ambarita di Pulau Somasir. Menyusul daripada lawatan ini termasuk beberapa lawatan promosi pelancongan negeri Perak ke Medan juga.



> MELAKA, Melaka, Malaysia


1971, Disember - Pertama kali aku sampai ke negeri Melaka pada tahun 1971 ketika ber'hitch-hiking' di penghujung tahun selepas MCE, tapi ketika itu bandar Melaka belum diiktirafkan sebagai sebuah bandaraya. Kemudiannya beberapa siri lawatan sambil belajar semasa bertugas di MBI. Gambar di atas diambil semasa cuti sekolah hujung tahun 2014, meninjau di persekitaran.  


> MIRI, Sarawak, Malaysia


2015, Mei - Ini adalah kali pertama aku sampai ke bandaraya Miri di Sarawak. Perjalanan ini adalah permulaan sebelum ke bandar Kuala Belait di Brunei Darussalam yang kemudiannya terus menghadiri Pertemuan Sasterawan Nusantara kali ke 18 yang berlansung di Dewan Bahasa dan Pustaka, Bandar Seri Begawan.  

> NANNING, Guangxi. China 
 

2007, Oktober - Menyertai rombongan kebudayaan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ke Nanning International Folk Song Arts Festival ke 9 di Nanning, China. Menginap di Guangsha Hotel. Setibanya di Nanning disebelah malam menghadiri Evening Gala 2007. Persembahan melibatkan bandar sekitar di pentas Hengda Public Square Song Stages, Jinhui Public Square, Xingning Public Square, dan rakaman di Guangxi Radio & TV Network Nanning Branch.

> NEW YORK, New York. United States  
 

1995, Januari - Bergambar di tangga utama bangunan St. Patrick's Cathedral dengan senibina Neo-Gothic. Melawat Empire State Building di tengah Manhattan, ke pameran imigran di Ellis Island, Statue of Liberty di Liberty Island dengan menaiki Staten Island Ferry, meninjau Central Park. Makan di McDonald's berhampiran Rockefeller Center dan meninjai kawasan The Bronx. 

> ORLANDO, Florida. United States  
 

1995, Januari - Di kotaraya Orlando, Florida, Amerika, taman tema Universal Studio. Berpeluang melawat Seaworld dan melihat sendiri persembahan Shamu si ikan paus, Cinderella Castle di Magic Kingdom, taman tema Epcot, mengalami sendiri serangnan ikan jerung di Jaws, dan Disney's Hollywood Studio antara taman tema yang terdapat di Walt Disney World Resort di Bay Lake, Florida.     

> PATAYYA, Chonburi. Thailand  


199# - Lawatan ke Patayya, Thailand adalah insentif kepada kumpulan KMK SINAR dari Majlis Bandaraya Ipoh. Lawatan termasuk taman botani Nong Nooch Tropical Botanical Garden, menonton persembahan gajah di Patayya Elephant Village, permainan dengan buaya di Patayya Crocodile Farm, dan khazanah peninggalan zaman di The Million Years Stone Park.   

> PUTRAJAYA, Federal Territory, Malaysia  


2015, - Bergambar di dataram Masjid Putra di Putrajaya. Pertama kali aku sampai ke Putrajaya dalam lawatan kerja MBI ke pejabat Perbadanan Putrajaya. Kami dibawa meninjau bilik pengawasan ke sekitar kawasan kawalan dengan dipantau melalui cctv. Banyak tempat menarik di sekitar seperti Alamanda Shopping Complex, IOI Putrajaya, dan beberapa tempat lagi yang menarik  

> SAN DIEGO, California. United States  


1995, Januari - Bergambar di pantai La Jolla sepanjang lautan Pacific yang terkenal ketika dalam perjalanan ke San Diego. Di San Diego, melawat taman tema haiwan San Diego Sea World dengan persembahan istimewa, menyusur ke San Diego Zoo di Balboa Park.  Menginap di Hilton San Diego Resort & Spa berhampiran Mission Bay.   

> SINGAPORE CITY, Singapore, Republic of Singapore 


1975, Ogos - Kali pertama aku menjejak kaki keluar dari Malaysia, ke Singapura bersama sepupu dan rakan kerja. Kedua kalinya semasa lawatan ke Johor Bahru, dan ketiga kalinya pada Oktober 2001 untuk Malaysia Tourism Expo. Bersiar sekitar Orchard Road, dan gambar di atas diambil di Elgin Bridge yang merentasi sungai Singapura.

> SONGKHLA, Songkhla Province. Thailand


1996, Mei - Lawatan ke Songkhla, Thailand merupakan insentif yang diberikan oleh Majlis Bandaraya Ipoh kepada kumpulan KMK SINAR. Aku selaku Fasilitator mengiringi seluruh ahli kumpulan SINAR. Lawatan ke Laem Samila perkenalkan kami dengan patung duyung yang mirip dengan The Little Mermaid di Copenhagen, Denmark.  

No comments:

 
Flag Counter